Monday, August 8, 2022

Dua pingat gangsa sasaran kem takraw

Secara Rawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad sepak takraw Sukma Sarawak, Fadlansyah Barahim akan cuba memastikan kem kendaliannya beroleh sekurang-kurangnya dua pingat gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2022.

Dengan berharap jelmaan kedua-dua pingat terbabit dari skuad wanita menerusi kategori bergu (dua orang pemain) dan kategori regu.

“Sasaran kita untuk cuba meraih dua pingat gangsa pada temasya aSukma Kuala Lumpur 2022.

“Walaupun jauh di sudut hati untuk menuju kearah itu mengambil kira pencapaian terbaik kita yang pernah memenangi pingat emas ketika berlangsung Sukma Perak 2018,” ujar beliau.

Menurut Fadlansyah, beliau melihat ia bukan satu tugas yang mudah untuk direalisasi.

Namun, yakin misi kearah itu mampu tercapai sambil mengharap pelan serta strategi yang diguna pakai dapat diadaptasi dengan sebaik mungkin oleh para pemain.

Fadansyah yang mula mengambil alih tugas mengemudi skuad terbabit (Lelaki & Wanita) pada bulan November tahun lepas mengakui, pemain kini dalam proses mempersiapkan diri dengan fokus kepada latihan harian.

“Baru-baru ini pasukan wanita berjaya mendapat tempat ketiga kategori bergu pada Pra Sukma yang berlangsung Terengganu.

“Lantas berharap pencapaian tersebut sebagai penanda aras terbaik untuk pemain bagi menghadapi temasya sebenar kelak,” katanya.

Sukma Kuala Lumpur 2022 akan berlangsung dari 16 hingga 24 September nanti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru