Wednesday, August 17, 2022

GPS yakin menang sekurang-kurang 28 kerusi Parlimen

Secara Rawak

KUCHING:  Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin  mampu menang sekurang-kurangnya 28 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 memandangkan gabungan itu telah melakukan yang terbaik sepanjang perkhidmatannya..

Dalam PRU-14 GPS – ketika itu BN – hanya menang 19 daripada 31 kerusi Parlimen ketika isu 1MDB  membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan GST melanda negara.

Namun, seorang daripada wakil rakyat PRS – satu daripada komponen GPS telah keluar – menyertai PSB, tetapi kini telah menjadi wakil Bebas.

Selain PRS, GPS terdiri daripada PBB, SUPP dan PDP.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kemenangan itu termasuk kerusi Parlimen Puncak Borneo, Selangau dan Lubuk Antu.

“Ya,  termasuk Puncak Borneo dan Lubok Antu. Saya akan kecewa jika kita mendapat kurang daripada 28, sasaran saya ialah 28 kerusi,” katanya pada sidang media  D’Drift 2022 Flag off, di sini hari ini.

“Kita  dapat rasakan perasaan yang bagus.  Saya harap rakyat Sarawak akan terus mengikutinya, dari pilihan raya negeri hingga pilihan raya umum, kerana kita perlu dilihat sangat bersatu,” katanya lagi.

Dalam PRN-12 pada 18 Disember lalu, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), terbaik pernah dicatatkan oleh parti pemerintah sejak 1963.

Puncak Borneo ialah kerusi majoriti Bidayuh manakala Lubok Antu dan Selangau ialah majoriti Iban.

Puncak Borneo dimenangi Datuk Willie Mongin (PKR), Selangau oleh Baru Bian (PKR) dan Lubok Antu oleh calon Bebas Jugah Muyang Nakun, Willie telah keluar daripada PKR menyertai Bersatu, dan baru-baru ini mengumumkan  mengemukakan permohonan menyertai PBB.

Baru pula menyertai PSB dan dijangka  bertanding semula di Selangau nanti.

Manakala Jugah  turut menyertai PKR selepas memenangi kerusi itu tetapi telah keluar menjadi ahli parlimen Bebas.

Baru-baru ini  beliau menyatakan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai PRS.

Belum ada jawapan mengenai permohonan mereka itu setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru