Sebuah video menunjukkan aksi seekor tupai makan dan ia kelihatan marah selepas tahu aksinya dirakam.
Video ini dikongsi di Twitter Buitengebieden dengan kapsyen “Jangan pandang saya”.
Dalam video tersebut, seekor tupai cuba memakan atau menyimpan kacang tanah di dalam mulutnya.
Menyedari aksinya diperhati malah dirakam, tupai itu berhenti seketika sebelum berpaling membelakangkan individu yang merakam aksinya.
Kemudian ia berpaling dan mengambil sebiji kacang lagi sebelum berlari meninggalkan lokasi tersebut.
https://twitter.com/i/status/1541854862379520003