Friday, August 19, 2022

Terus komited salurkan bantuan kepada B40, M40 di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus komited menyalurkan bantuan kepada golongan B40 dan M40 biarpun negara kini mengalami krisis ekonomi susulan kenaikan harga barangan keperluan.

Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata, antara usaha yang diperkenalkan adalah melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Banyak yang telah dilakukan bagi memastikan pendapatan isi rumah dapat ditingkatkan dan memberi manfaat kepada ekonomi setempat.

“Ini bagi memastikan rakyat mampu membeli barangan keperluan serta mendapat bantuan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program gotong-royong di kawasan lapang, di Surau Darul Rahman, Taman Won Matang pada Sabtu.

Jelasnya, pihaknya sentiasa bersifat terbuka untuk membantu dan membimbing masyarakat dalam menjana pendapatan atau mendapatkan bantuan berdasarkan inisiatif yang diperuntukkan kepada rakyat.

Pada masa sama, beliau menyeru agar pihak industri bersedia untuk melaksanakan projek selaras dengan usaha Sarawak ke arah negeri maju menjelang tahun 2030.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru