Thursday, August 18, 2022

Sarawak sedia cari ramuan bantu ringankan beban rakyat

Secara Rawak

KUCHING: Ketika rakyat berdepan cabaran kenaikan kos sara hidup, Kerajaan   Sarawak bersedia mencari ramuan terbaik, termasuk bantuan khas untuk meringankan beban mereka.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sebagai langkah sementara untuk menangani keadaan inflasi yang membebankan kehidupan rakyat, Kerajaan sarawak akan menyerapkan kos tenaga dan sewa bangunan dalam bentuk pemberian subsidi.

Jelas beliau, kenaikan harga barangan dan makanan ketika ini bukan hanya berlaku di Sarawak, tetapi fenomena global.

Katanya lagi, isu kenaikan harga barangan di negara ini adalah akibat pergolakan perang antara Rusia dengan Ukraine.

“Kerajaan akan melihat kemungkinan menyediakan bantuan khas kewangan. Kami perlu dapatkan data mengenainya terlebih dahulu, dan mendapatkan langkah penyelesaian terbaik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media adakah kerajaan akan menyediakan bantuan khas dalam bentuk kewangan khususnya bagi golongan B40 selepas merasmikan saatu majlis di sini, semalam.

Bagi menangani isu sekuriti makanan pada jangka panjang, membangunak sektor pertanian yang kukuh berasaskan teknologi bagi meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos adalah perlu bagi menstabilkan harga, katanya.

Bagi beliau, masalah kenaikan harga dan inflasi adalah bersifat sementara kerana putaran ekonomi.

“Kebiasaannya ia akan kembali normal selepas satu atau dua tahun, namun kita perlu menghadapinya ketika ini,” jelasnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru