Friday, August 19, 2022

Kuil yang menjadi tarikan di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Kuil Gurdwara Sahib (Kuil Sikh) di Jalan Masjid bakal menjadi salah satu tarikan pelancongan baharu di bandar raya Kuching.

Kuil yang wujud sejak awal tahun 1900-an itu pada permulaanya dibina dengan struktur kayu bakal menyaksikan pembesaran bangunan dengan pelbagai fasiliti baharu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan pelbagai kemudahan yang ada di sekitarnya termasuk kawasan sebelahnya bakal didirikan stesen utama Sistem Transit Aliran Ringan (ART), ia bakal menjadi tarikan utama.

“Ia juga akan menjadi kawasan komersial yang sangat penting khususnya dari segi pengangkutan awam.

“Sekiranya apabila pelawat datang dan mereka melihat kuil ini, sudah tentu mereka juga ingin berkunjung ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan perasmian Pecah Tanah Pembesaran Bangunan Gurdwara Sahib (Kuil Sikh) di Jalan Masjid dekat sini.

Untuk rekod, pada 2019 sejumlah RM3.5 juta peruntukan telah diluluskan bagi projek pembesaran kuil tersebut, namun ia tidak mencukupi susulan peningkatan kos.

Majlis tersebut menyaksikan Abang Johari menyampaikan replika cek berjumlah RM1.5 juta sebagai peruntukan tambahan kepada projek pembesarannya.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta wakil yang lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru