Friday, August 19, 2022

Jalan alternatif dari lapangan Terbang Sibu ke bandar

Secara Rawak

SIBU: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk membina lebuh raya berkembar baharu sebagai laluan alternatif yang akan memendekkan jarak perjalanan dari Lapangan Terbang Sibu ke pusat bandar.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, laluan itu akan merangkumi sambungan jalan raya (jalan Sibu Jaya) dan bersambung ke jalan Khong Yit Khim.

“Orang ramai yang datang dari Lapangan Terbang Sibu tidak perlu menggunakan jalan jauh kerana mereka boleh menggunakan jalan Sibu Jaya dan terus ke jalan Khong Yit Khim.

“Jalan ini bukan ‘kong pun bo yong’ (cakap tidak bermakna). Kita akan menaik taraf menjadi jalan dua laluan sehingga ke pusat bandar,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan pelancaran Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim dan Sukan Olimpik Khas ke-6 Sukan Sarawak di sini, malam semalam.

Tegasnya, inisiatif jalan baharu itu merupakan salah satu pembangunan yang akan dibawa ke Sibu Jaya.

Untuk rekod, Lapangan Terbang Sibu terletak 22 kilometer dari Pekan Sibu yang mengambil masa kira-kira setengah jam dengan menaiki kereta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru