Thursday, August 18, 2022

Hotel Riverside Majestic buka pintu esok

Secara Rawak

KUCHING: Hotel Riverside Majestic (RMH) dekat sini bakal membuka kembali pintunya untuk perniagaan bermula esok hari.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain berkata, perkara itu susulan kerja-kerja menaik taraf hotel berkenaan hampir siap dilaksanakan.

“Berkuata kuasa pada 4 Julai ini, semua bilik acara dan ruangan meeting (meeting suites) akan dibuka untuk tempahan bagi penganjuran acara kerajaan, korporat dan swasta termasuk majlis-majlis khas seperti perkahwinan,” katanya pada sidang media sempena pembukaan hotel RMH, di hotel tersebut hari ini.

Sehubungan itu, beliau menambah tarikh penubuhan RMH adalah pada 1992 dan ia berstatus empat bintang tetapi selepas proses menaik taraf dilaksanakan hotel tersebut bertukar status kepada lima bintang.

Menurutnya, RMH mengetengahkan tema ‘Royal Majestic’ – suite dan bilik tetamu yang diperbaharui menampilkan reka bentuk dalaman diilhamkan dari Indonesia, ditambah dengan unsur harmoni dan semula jadi dari tebingan sungai yang tenang serta mewah.

“Hotel ini mempunyai 241 bilik tetapi kini sesetengah daripadanya masih dalam proses naik taraf dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember ini.

“RMH turut mempunyai bilik konferen (Sarawak Chamber) yang boleh memuatkan 900 orang untuk susunan jamuan dan 1,400 dengan susunan teater. Terdapat juha tujuh bilik acara yang kecil.

Beliau memaklumkan, dengan pembukaan RMH itu juga pihaknya akan menganjurkan acara makan malam Ulang Tahun Ke-50 SEDC malam ini di Sarawak Chamber RMH dan disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga merupakan menteri bertanggungjawab SEDC.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru