Thursday, August 18, 2022

Doktor keluarkan 233 objek dari perut lelaki termasuk syiling, bateri, skru kaca, batu

Secara Rawak

ANKARA: Doktor di Turki terkejut selepas menemui ratusan duit syiling, kepingan kaca, bateri, paku, batu dan skru di dalam perut pesakit.

Menurut laporan Gulf Today, Burhan Demir dari Ipekyolu, Turkiye telah membawa adik lelakinya ke hospital selepas dia mengadu sakit perut.

Apabila doktor menjalankan endoskopi dengan ultrasound dan sinar-x, mereka terkejut menemui pelbagai barangan pelik di dalam perutnya.

Pasukan doktor menemui 233 barangan dalam perut lelaki berusia 35 tahun itu, termasuk syiling lira, bateri, magnet, skru dan kepingan kaca.

Salah seorang pakar bedah, Dr Binici berkata: “Semasa pembedahan, kami melihat terdapat terdapat satu atau dua paku telah melepasi dinding perut pesakit.

“Terdapat dua kepingan logam dan dua batu yang berbeza saiz di dalam usus besar.

“Namun, kami berjaya membersihkan perut pesakit sepenuhnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru