Thursday, August 18, 2022

354 kes kebakaran terbuka dilaporkan di Sarawak pada 1 Disemberi 2021 hingga 30 Jun

Secara Rawak

KUCHING: Sejumlah 354 kes kebakaran terbuka dilaporkan di Sarawak pada 1 Disember 2021 sehingga 30 Jun ini, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datuk Khirudin Drahman @ Hussaini.

Beliau berkata, zon 4 Sibu mencatatkan kes tertinggi iaitu 111 diikuti zon 6 Miri (91 kes) dan zon 1 Kuching (77 kes).

Tambahnya, zon 5 Bintulu mencatatkan 35 kes diikuti zon 2 Samarahan iaitu 24 kes dan zon 6 Limbang sebanyak enam kes.

“Sebanyak 218 kes kebakaran terbuka melibatkan kebakaran belukar, lalang, rumput sementara enam kebakaran terbuka melibatkan ladang, kebun.

“Sebanyak lapan kes melibatkan kebakaran hutan manakala sebanyak 119 kes melibatkan kebakaran sampah dan tiga kes melibatkan lain-lain kebakaran (kayu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, negara pada masa ini berada dalam musim Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei lalu dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September ini.

Keadaan ini menyebabkan kurangnya pembentukkan awan hujan dan kebanyakkan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak daripada bilangan hari hujan.

Kebakaran terbuka mendatangkan implikasi iaitu mencemarkan udara yang menyebabkan jerebu dan menjejaskan kesihatan.

Kebakaran terbuka bukan sahaja merbahayakan hutan, malah mengancam nyawa manusia serta flora dan fauna.

Melakukan pembakaran terbuka merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru