Thursday, August 18, 2022

2,527 kes baharu Covid-19, tiada kematian

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 2,527 kes baharu, termasuk empat kes import  akibat Covid-19 dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkatya, ini termasuk 40 kes di Sarawak sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020.

Katanya,  ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini  mencecah 4,571,355.

Jumlah kes aktif pula meningkat 17.2 peratus berbanding 14 hari lalu, menjadi 30,385 setakat semalam.

Tiada kematian direkodkan semalam dan sebanyak 35,771 kematian akibat Covid-19 sudah direkodkan setakat ini.

Sebanyak tiga kluster baharu direkodkan semalam, membabitkan kumpulan berisiko tinggi, tempat kerja dan pendidikan.

Sebanyak 7,023 kluster dikesan sehingga kini, dengan 10 daripadanya masih aktif.

Berikut ialah kes baharu Covid-19 mengikut  negeri:

Selangor: 798

WP Kuala Lumpur: 726

Perak: 201

Sabah: 154

Negeri Sembilan: 137

Pulau Pinang: 127

Johor: 79

WP Putrajaya: 65

Melaka: 58

Kedah: 56

Pahang: 43

Sarawak: 40

Terengganu: 18

Kelantan: 14

Perlis: 9

WP Labuan: 2

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru