Friday, August 19, 2022

Video bukti Mahathir suruh Zahid bubar Umno

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad sememangnya mahu Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan UMNO, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Jelas beliau, kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Tun Mahathir menerusi video yang disiarkan oleh Unit Media Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika beliau menjadi pengerusi parti itu dan juga mendapat liputan akhbar Berita Harian.

“Bukti untuk Tun Mahathir, beliau minta Presiden bubar UMNO. Soalan dan video oleh Unit Media PPBM sendiri,” katanya seperti dipetik Umno Online.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata semua pihak mengetahui Tun Mahathir akan melakukan pelbagai helah sekiranya kehendaknya tidak dituruti.

“Kita maklum bila tak ikut kehendak beliau tak lama lepas itu Ahmad Zahid diheret ke mahkamah.

“Kezaliman pendakwaan politik berpilih. Orang yang zalim akan jatuh dan perkara itu terjadi kepada Tun Mahathir,” tegas beliau.

Tun Mahathir  sebelum ini menafi dan mencabar Ahmad Zahid untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan mengatakan beliau meminta supaya UMNO dibubarkan.

Tindakan itu dilakukan selepas Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Tun Mahathir memintanya membubarkan UMNO kerana menyifatkan parti ini tidak boleh dipercayai.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru