Tuesday, August 16, 2022

Smart Reader Kids ke pentas global

Secara Rawak

KUCHING: Kejayaan Smart Reader Kids sejak 30 tahun penubuhannya hasil kerja keras pengasasnya, mendiang Datin Seri Datuk Dr. Wang Kim Ha.

Ia juga diusahakan bersama-sama suaminya, Datuk Seri Dr Richard Ong.

Menurut kenyataan media, Smart Reader Kids kini juga berjaya memperluas nama ke peringkat antarabangsa termasuk di Indonesia, Australia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan China.

Mendiang Kim Ha juga, seorang yang gemar melancong ke luar negara dan mengambil peluang itu untuk memerhatikan pola pendidikan yang diajar di negara-negara asing, dan seterusnya mengguna pakai kaedah itu di Smart Reader Kids.

Dengan usaha beliau, Smart Reader Worldwide telah disahkan oleh Malaysian Book of Record (MBOR) sebagai rantaian terbesar pusat pengayaan kanak-kanak di Malaysia dan memenangi pelbagai anugerah, tempatan dan antarabangsa.

Antara anugerah tersebut adalah Francais Terbaik (dianugerahkan oleh Persatuan Francais Malaysia pada 2017); Peneraju Cemerlang dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, daripada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2017 serta Readers Digest Trusted Brand Award 2011.

Pada 2019, terdapat satu lagi peristiwa penting kepada mendiang iaitu ketika menerima Anugerah Kepimpinan Wanita daripada CMO Asia dan Anugerah Ikon Luar Biasa Pendidik Global, yang dianugerahkan oleh The World Confederation of Businesses, sebuah organisasi antarabangsa untuk menerima anugerah perniagaan paling penting di dunia, THE BIZZ.

Dalam hal berkaitan, menurut MBOR juga mendiang merupakan usahawan wanita yang dilihat menerima bilangan anugerah terbanyak di Malaysia

Mendiang Kim Ha juga mendedikasikan seluruh hidupnya untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat akses dan peluang yang sama kepada pendidikan prasekolah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru