Friday, August 19, 2022

Selamatkan lelaki dari renjatan elektrik, pemuda dihadiahkan kereta

Secara Rawak

Awal bulan ini Anthony Perry, 20, secara spontan terjun di trek komuter di hentian 69th Street CTA Red Line selepas melihat kelibat lelaki hampir pengsan di landasan ketiga landasan elektrik selepas bergaduh dengan lelaki lain.

Aksi Perry melompat ke bawah dan kemudiannya menarik mangsa ke tempat yang selamat tanpa teragak-agak walaupun selepas orang ramai memberi amaran dia boleh terkena renjatan elektrik.

Aksinya sempat dirakam oleh seseorang.

Dengan bantuan seorang lagi individu, Perry memberinya bantuan pernafasan dan berjaya menyelamatkan nyawa mangsa.

Menurut goodnews_movement dalam Instagram mereka memberitahu Perry dihadiahkan sebuah kereta kerana jasanya itu.

Anthony yang menaiki dua bas dan kereta api selama 90 minit untuk ke tempat kerja setiap hari memberitahu, dia tidak percaya dirinya dihadiahkan sebuah kereta dan tidak menganggap dirinya sebagai wira.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru