Friday, August 19, 2022

Rasa terhina, rakan saman pengantin RM279,000

Secara Rawak

HARIDWAR: Dalam insiden luar biasa, pengantin lelaki di Bahadurabad, Haridwar disaman RM279,000 (Rs50 lakh) selepas dia meninggalkan rakan-rakannya pada hari perkahwinannya.

Menurut India.com, pengantin lelaki tersebut, Ravi meminta salah seorang rakannya, Chandrashekhar mengedarkan kad perkahwinan bagi pihaknya.

Mengikut kad tersebut, perarakan perkahwinan sepatutnya bertolak pada 5 petang.

Rakan-rakannya termasuk Chandrashekhar, tiba di rumah mengikut masa ditetapkan, tetapi kecewa apabila mendapati pengantin bersama-sama peserta perarakan sudah beredar.

Chandrashekhar kemudian menghubungi pengantin lelaki untuk menghilangkan kekeliruan, namun jawapannya menyebabkan rakan-rakannya lebih sakit hati dengan kata-kata pengantin lelaki.

Ravi tidak mengakui kesilapannya, sebaliknya dia meminta rakan-rakannya pulang ke rumah masing-masing kerana sudah lewat.

Jawapannya menyebabkan rakan-rakannya rasa terhina dan tidak dihormati, malah turut rasakan ia serangan terhadap maruah mereka.

Ekoran itu mereka bertindak memfailkan saman terhadap Ravi.

Chandrashekhar kemudian mengupah peguam dan mendakwa diseksa mentalnya oleh mereka yang telah jemput olehnya atas desakan Ravi.

Selain menyaman Ravi, Chandrashekhar turut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripadanya dalam tempoh tiga hari.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru