Friday, August 19, 2022

PRU-15: Parti Sedar bertanding di lapan kerusi Melayu/Melanau 

Secara Rawak

KUCHING: Parti Sedar akan bertanding di semua lapan kerusi Parlimen Melayu/Melanau dalam PRU-15 nanti tanpa saingan daripada parti pembangkang lain di negeri ini.

Menurut presidennya Datuk Othman Abdullah dalam satu kenyataan hari ini,  keputusan itu dibuat hasil perbincangan pada 21 Jun lalu.

Katanya, kerusi yang akan ditandingi ialah Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Tanjung Manis, Igan dan Mukah.

Untuk rekod, semua kerusi majoriti Melayu/Melanau itu dimenangi PBB dalam PRU-14.

Jelasnya, baki 23 lagi kerusi Parlimen akan ditandingi oleh PSB, PBDS, Aspirasi dan Parti Bumi Kenyalang.

Ini membayangkan bahawa parti berkenaan tidak akan bekerjasama dengan PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Dengan itu, bermakna  seperti dalam PRN-12 pada 18 Dis lalu, pembangkang akan bertembung sesama sendiri dalam PRU-15.

Dalam PRN itu, pembangkang hanya memenangi enam daripada 82 kerusi. Empat kerusi dimenang PSB manakala dua lagi oleh DAP.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru