Thursday, August 18, 2022

Lelaki warga emas hilang ditemui selamat

Secara Rawak

ASAJAYA: Seorang lelaki warga emas ditemui selamat selepas dilaporkan hilang di hutan Kampung Rebak dalam kejadian semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa, 65, dilaporkan hilang oleh pengadu kira-kira jam 10.17 oleh pengadu yang datang ke balai bomba yang membuat aduan.

“Mangsa dilaporkan hilang ketika mencari kayu di hutan pada pagi dan sehingga kini tidak balik ke rumah.

“Seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergerak ke lokasi bagi mendapatkan dan mengesahkan maklumat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa ditemui oleh orang awam pada jam 10.30 malam di kebunnya sendiri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru