Friday, August 19, 2022

Curi enam unit TV: Lelaki dipenjara enam bulan

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menceroboh dan mencuri enam unit televisyen milik sebuah syarikat elektronik pada bulan Jun tahun lalu.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Mohd Amin, 30, selepas menukar pengakuan bersalahnya semasa dalam perbicaraan hari ini(1 Julai).

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menceroboh masuk sebuah pejabat syarikat elektronik di Batu 5, Jalan Penrissen, kira-kira jam 11 pagi, 23 Jun 2021.

Semasa menceroboh, mereka telah mencuri enam unit televisyen jenama Sharp milik premis tersebut.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yanh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pengadu yang merupakan pekerja di syarikat elektronik tersebut menyedari televisyen milik syarikat telah hilang sebanyak enam unit.

Hasil semakan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah memanjat pagar belakang kilang syarikat terbabit mencuri enam unit televisyen.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru