Friday, August 19, 2022

“Boris Johnson” dikejar “polis” di Stadium Headingly

Secara Rawak

LONDON: Penonton acara sukan di sebuah stadium di Leeds baru-baru ini di hiburkan dengan telatah melucukan membabitkan “sekumpulan polis” mengejar individu yang menyamar sebagai perdana menteri Britain, Boris Johnson.

Video yang dikongsi Tentera Barmy England di Twitter menunjukkan lelaki yang menyerupai Boris Johnson, dilengkapi rambut palsu berwarna perang, kemeja putih, bertali leher biru dan cermin mata hitam dikejar oleh “anggota polis” di hadapan penonton.

Penyamar itu menghiburkan penonton yang penuh sesak di stadium Headingly dengan berlari melalui tempat duduk hadapan sambil dikejar oleh sekumpulan peminat kriket yang berpakaian seperti polis.

Orang ramai kedengaran ketawa dan bersorak untuk PM palsu itu ketika anggota polis berlari di belakangnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru