Friday, August 19, 2022

Bazar medan selera di Sarikei zon halal

Secara Rawak

SARIKEI: Sebuah bazar medan selera di sini dijangka menjadi premis makanan zon halal yang ketiga selepas Kuching dan Sibu.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Zulfikri Osman berkata ia penting untuk meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap sajian yang dihidangkan.

“Bazar Food Court Sarikei dalam masa terdekat akan menjadi sebuah zon halal yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Adanya sijil halal dalam kalangan peniaga penting bukan disebabkan oleh faktor islamik, tetapi juga kebersihan dalam kalangan peniaga. Ia akan membuktikan bahawa sesebuah premis itu bersih dan sihat.

“Justeru, kita menyeru agar setiap agensi yang terlibat serta usahawan khususnya di Sarikei dapat bekerjasama untuk memastikan hasrat tersebut dapat direalisasikan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan program Walkabout Bazar Food Court Sarikei, di sini, hari ini.

Oleh itu katanya, Mara sentiasa sentiasa berusaha dalam menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan sijil halal dalam kalangan peniaga agar hasil produk mereka lebih dipercayai, pada masa sama dapat ditingkatkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru