Thursday, August 18, 2022

Video cemas, remaja jatuh dari kereta api sedang bergerak

Secara Rawak

MUMBAI: Dalam kejadian mencemaskan, seorang remaja terjatuh dari kereta api ketika kereta api sedang bergerak.

Dikatakan remaja tersebut terlanggar sebatang tiang di dalam kereta api tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Danish bersama-sama rakannya dalam perjalanan dari Kalwa, Thane ke Dadar, Mumbai pada sekitar 9:30 pagi waktu tempatan.

Ketika kejadian kereta api itu penuh sesak dengan orang ramai dan Danish serta beberapa rakannya berpaut pada besi pintu masuk kereta api.

Secara kebetulan, beberapa minit sebelum kejadian, aksi mereka yang berbahaya itu dirakam oleh beberapa penumpang di sebuah kereta api lain, bersebelahan landasan.

Sebaik sahaja Danish menoleh mukanya ke arah mereka, dia terlanggar sebatang tiang dan terus terpelanting lalu jatuh di landasan ketika kereta api bergerak.

Laporan media tempatan menyebut, remaja itu kini dirawat di hospital.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru