Thursday, August 18, 2022

Terbang 900 kilometer demi memburu ilmu

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Menempuh perjalanan hampir 900 kilometer kilometer dari negara Brunei ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dekat sini bukan penghalang untuk Atiqah Amanina Mohammed menghadiri Majlis Konvokesyen Unimas di sini, semalam.

Siswazah berusia 23 tahun itu berkata, ini majlis yang sangat ditunggutunggu dan berasa teruja kerana berpeluang menerima ijazah sarjana muda secara fizikal.

Menurutnya, sebelum ini mereka hanya menjalani konvokesyen secara virtual susulan penularan pandemik Covid-19.

“Oleh itu, untuk menghadiri majlis konvokesyen ini tidak menjadi masalah kepada saya kerana ia berbaloi.

Saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan rakanrakan saya di Malaysia.

“Saya gembira kami dapat bergraduat bersamasama kerana ini adalah peluang sekali seumur hidup,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Konvokesyen Komemoratif, Unimas hari kedua di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra), dekat sini, semalam.

Siswazah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia itu juga telah menamatkan pengajian pada 2021.

Sehubungan itu, Atiqah memaklumkan perjalanannya ke Sarawak mudah dan juga mendapat kebenaran daripada Kerajaan Brunei.

“Dengan bantuan kerajaan kami, saya dapat menyeberangi sempadan dengan kereta dari Brunei ke Miri, seterusnya melalui penerbangan untuk ke Kuching,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan telah menuntut selama tiga tahun di Unimas sejak 2018 dan gembira kerana dapat kembali lagi ke universiti yang sangat dekat dengan hatinya.

“Saya sangat merindui Unimas, dan rakan-rakan di Malaysia termasuk makanan di sini,” jelasnya.

Atiqah juga memberitahu bahawa dia merupakan anak kedua dalam keluarga yang menamatkan pengajian di Unimas selepas kakaknya.

“Kakak saya merupakan antara beberapa pelajar Brunei pertama yang masuk ke Unimas.

“Dia juga meyakinkan saya bahawa ini adalah tempat yang sesuai untuk melanjutkan pengajian dan saya tidak menyesal mengambil kata-katanya itu.

“Malah, saya akan menyarankan adik-adik saya melanjutkan pelajaran ke sini,” tegasnya.

Mengimbas kembali, Atiqah mendedahkan bahawa masa belajarnya di Unimas terbukti membuahkan hasil selepas ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Brunei Darussalam.

“Kenangan Unimas pastinya akan diingati sepanjang hayat saya.  Terima kasih Unimas,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru