Monday, August 8, 2022

Suku akhir Liga Serian, lapan pasukan berentap

Secara Rawak

KUCHING: Saingan peringkat suku akhir Liga Serian 2022 akan bermula Sabtu ini.

Menyaksikan pertembungan lapan pasukan terbaik untuk mencetak tiket ke separuh akhir.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu menegaskan, semua perlawanan akan berlangsung di Kompleks Sukan Serian.

“Peringkat suku akhir juga akan berlangsung di lokasi yang sama.

“Pihak kita menjangkakan pertembungan sengit akan berlaku kerana hanya pasukan menang layak ke separuh akhir,” tegas Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Dua perlawanan akan berlangsung hari Sabtu melibatkan pasukan KPM Junior FC akan menentang Belfa FC (2:30 petang). Diikuti perlawanan antara SS17 FC yang akan menentang Serian Police FC (4:30 petang).

Sementara itu, dua lagi perlawanan akan berlangsung pada hari Ahad. Pilihan popular, Marr SC akan menentang XMSS Serian United (2:30 petang) dan Beaver FC akan menentang Bung Abut FC (4:30 petang).

Phillip percaya semua pasukan terlibat giat memperkemaskan jentera sebagai persiapan menghadapi lawan masing-masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru