Thursday, August 18, 2022

RM10,000 tunggu kaki pancing

Secara Rawak

BELAWAI: Kejayaan edisi pertama kejohanan Mesai Latik Iftitah dua tahun lalu, mendorong Iftitah dan Restoran untuk meneruskan penganjuran keduanya pada 4 September depan dengan tawaran hadiah yang lebih lumayan.

Pertandingan khas untuk kaki joran itu menawarkan hadiah bernilai lebih RM10,000 kepada semua pemenang.

Pengerusi penganjurnya, Ibnee Ekni berkata, johan bakal membawa pulang RM 10,000 , naib juara (RM 2,000), tempat ketiga (RM 1,000) , manakala tempat keempat hingga 10 masing-masing  RM100.

Menurutnya, edisi pertama sebelum ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sekali gus membuktikan potensi besar Pantai Belawai dalam acara seumpama itu.

“Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM100 untuk satu joran dan dua mata kail dan seratus penyertaan terawal akan menerima baju T-Shirt lengan panjang Edisi Khas Mesai Latik Iftitah 2022 secara percuma.

“Kejohanan bertujuan mempromosikan Pantai Belawai sebagai satu destinasi popular untuk beriadah selain  meningkatkan sumber pelancongan dan ekonomi setempat.

“Penganjurannya juga bermatlamat mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Ibnee, penganjuran acara berkenaan sejajar dengan matlamat penganjur membantu kerajaan melonjakkan potensi sektor pelancongan selepas negara memasuki fasa endamik.

Acara itu katanya,  dilihat mampu menarik pelancong di samping mempopularkan Iftitah Resort sebagai pusat percutian popular dalam kalangan pengunjung khususnya di wilayah tengah Sarawak.

“Sehubungan itu, orang ramai yang berminat boleh menghubungi urusetia Yus(01151308056), Hariz (0138199477) dan Afif (0143451288),” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru