Thursday, August 18, 2022

Perlumbaan bot kawalan jauh berlangsung Julai

Secara Rawak

KUCHING: Peminat sukan bot kawalan jauh berpeluang mempamer kehebatan masing-masing.

Ia berikutan berlangsungnya Perlumbaan Bot Kawalan Jauh Bahagian Kuching bermula dari 30 hingga 31 Julai nanti di Tasik Masja, Petra Jaya.

Pengarah Pengarah Perlumbaan RC Powerboat ASIA, Abang Nawawi Bolhassan Abang Dawi, memberitahu, perlumbaan tersebut diadakan sebagai memperingati Presiden Persatuan Persatuan Bot Kawalan Jauh Kuching (KRCPA)Allahyarham Mohammad Daud Jelani.

“Beberapa kategori bakal dipertandingkan sepanjang dua hari perlumbaan itu dijalankan. Antaranya, kategori Class A, Class D dan beberapa kategori lain,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Abang Zawawi, semua kategori dipertandingkan berlainan mengikut pelbagai jenis bot seperti mana telah ditetapkan pihak penganjur.

“Pecahan kategorinya ialah Catamaran/Tunnel Hull Open CC Gasoline Local Modified Engine (ABC) serta Mono/Deep Vee Hull Open CC Gasoline Local Engine,” tambah beliau.

Pertandingan ini menawarkan hadiah menarik berupa wang tunai dan piala untuk pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Jelas Abang Nawawi, individu yang ingin turut serta boleh menghubungi beliau ditalian (010-7704577).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru