Thursday, August 18, 2022

Kukuhkan hubungan diplomatik

Secara Rawak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, tengah hari semalam.

Ia merupakan kunjungan pertama oleh Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko bersamasama isteri beliau terhadap Abang Johari serta isteri, Datuk Amar Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Kunjungan hormat itu bertujuan memberi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak khasnya dan Malaysia amnya, atas jalinan kerjasama yang baik dengan Jepun daripada pelbagai aspek dan bidang.

Ketika ditemui media, Takahashi memberitahu sekitar 150 rakyat Jepun berkhidmat di Sarawak dalam pelbagai bidang, manakala 30 syarikat dari negara itu kini beroperasi di negeri ini.

Menurutnya, jalinan hubungan diplomatik yang sedia kukuh antara Kerajaan Sarawak dengan Jepun membawa banyak kebaikan dalam kemajuan pembangunan ekonomi.

Ujar Takahashi, ia dapat mengukuhkan lagi hubungan diplomatik serta menambah minat syarikat dari Jepun untuk melabur di Sarawak, yang seterusnya memberi manfaat ekonomi kepada MalaysiaJepun. – Japen

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru