Thursday, August 18, 2022

Harga siling ayam di Semenanjung RM9.40, S’wak tidak lebih RM11 sekilogram

Secara Rawak

KUCHING: Tidak diapungkan, sebaliknya kerajaan menetapkan harga siling runcit ayam standard dengan subsidi diteruskan.

Di Semenanjung harga siling runcit ayam ialah RM9.40 sekilogram bermula esok, Jumaat.

Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen sebiji; gred B sebiji 43 sen dan gred C sebiiji 41 sen di Semenanjung Malaysia.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, peruntukan subsidi bagi tujuan ini menelan kos RM369.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari lepas.

Manakala di Sarawak, seminggu yang lepas, harga ayam tidak melebihi RM11 sekilogram menurut Persatuan Penternak Binatang Peliharaan Sarawak (SLBA).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru