Thursday, August 18, 2022

Bagaimana mengkomersialkan herba…

Secara Rawak

KUCHING: Pusat Biodiversiti Sarawak akan menganjurkan webinar mengenai ‘Pengkomersialan: Memahami Penyelidikan dan Pembangunan Herba’ pada 10 pagi ini bersama-sama pakar.

Webinar akan disampaikan oleh pakar Pusat Penyelidikan Herba Ubat, Fakulti Farmasi, Pusat IDEA Profesor Dr Jamia Azdina Jamal.

Beliau akan menekankan aplikasi moden dan inovatif yang digunakan untuk menilai kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk herba bagi memastikan keaslian produk herba sebelum dikomersialkan.

Dr Jamia juga akan menjelaskan rasional saintifik untuk analisis manfaat dan risiko serta proses kelulusan kawal selia terutamanya dalam ubat-ubatan herba.

Beliau merupakan Pengarah Pusat IDEA-UKM dan ahli farmasi berdaftar di bawah Lembaga Farmasi Malaysia.

Selain itu, beliau ialah Naib Presiden Persatuan Produk Asli Malaysia, Ahli Jawatankuasa Teknikal Skim Geran Penyelidikan Herba Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia serta Ahli Jawatankuasa Induk dan Teknikal Monograf Herba Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bidang kepakaran beliau ialah Pharmacognosy (Analisis dan Standardisasi Herba) dan Farmaseutikal (Analisis dan Kawalan Kualiti).

Justeru, orang ramai diajak untuk bersama-sama merebut peluang ini bagi mendapatkan pandangan langsung daripada pakar industri.

Untuk menyertai daftar melalui aplikasi Zoom di pautan https://bit.ly/3Hxi2Uz.

Webinar ini juga akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi SBC di www.facebook.com/sarawak.biodiversity.centre.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru