Thursday, August 18, 2022

Aidiladha disambut Ahad, 10 Julai

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tarikh ini diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd. Aseral Jusman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan semalam, 29 Jun setelah kalendar Hijrah Islam 1 Zulhijah 1443 disesuaikan jatuh pada Jumaat, esok.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan mohor Besar Raja-Raja adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Zulhijah 1443 Hijrah adalah pada hari Jumaat 1 Julai 2022,” umum Mohd Aseral.

Sebelum ini kalendar Hijrah disesuaikan berdasarkan pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 1 Syawal 1443 Hijrah dicukupkan kepada 29 Ramadan setelah anak anak bulan atau hilal disahkan kelihatan di lokasi cerapan di tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kampus Antarabangsa Labuan.

Di seluruh negara sejak 2011, terdapat 29 tempat cerapan anak bulan Hijri sepanjang tahun yang diwartakan oleh Majlis Raja-Raja.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru