Thursday, August 18, 2022

2,605 kes baharu Covid-19, lima kematian 

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 2,605 kes baharu Covid-19 termasuk 53 di Sarawak direkodkan berbanding 2,025 kes semalam, termasuk tiga kes import.

Menurut data di laman web CovidNow sebanyak lima kematian dilaporkan termasuk satu kes di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kematian 35,763 setakat ini.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 pula meningkat kepada 4,563,188 kes.

Sebanyak 28,714 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 40 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 24 kes memerlukan bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi

Seramai 1,633 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu dicatatkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kluster kekal 7,019, manakala enam daripadanya masih aktif.

Kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

​​Kuala Lumpur (865)

Selangor (730)

Sabah (163)

Perak (152)

Pulau Pinang (138)

Negeri Sembilan (105)

Melaka (102)

Johor (66)

Kedah (57)

Putrajaya (57)

Pahang (56)

Sarawak (53)

Kelantan (24)

Terengganu (23)

Perlis (8)

Labuan (6)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru