Monday, August 8, 2022

14 pasukan berentap

Secara Rawak

KARNIVAL Bola Sepak Persatuan Warisan Anak Sarawak (WARIS) akan berlangsung di Padang Sintetik, Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Taman Sourabaya Indah pada 2 dan 3 Julai.

Dengan menyaksikan pertembungan hebat 14 pasukan untuk memburu gelaran juara. Pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini merangkumi WARIS Kuching, WARIS Samarahan, WARIS Sri Aman, WARIS Simunjan dan WARIS G11.

Pengerusi WARIS Kuching, Allizan Mohammed memberitahu, karnival kali ini untuk ahli WARIS sahaja.

“Karnival ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan dan ukhuwah dalam kalangan ahli WARIS di seluruh Sarawak.

“Pada masa sama, melalui penganjuran karnival ini diharap dapat memberi peluang kepada ahli WARIS terlibat berkenalan sesama sendiri,” ujarnya.

Menurut Allizan, format kejohanan secara liga kumpulan dengan pasukan terlibat dibahagi kepada empat kumpulan.

Tambah beliau, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati (suku akhir). Saingan separuh akhir dan akhir akan dilangsungkan pada Ahad.

“Majlis perasmian karnival ini akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman pada Sabtu jam 10.00 pagi.

“Manakala penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Bendahari WARIS yang juga Ketua Penyelaras Karnival, Ahmad Budiyaman Fauzi pada Ahad.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru