Thursday, August 18, 2022

Wanita yang kahwini patung kini sudah peroleh anak

Secara Rawak

BRAZIL: “Dia” suami yang sempurna, kehidupan berumah tangga dengannya begitu indah.

Dia tidak bergaduh mahupun membantah saya, sebaliknya dia hanya memahami saya.

“Dia” ialah Marcelo, patung kain buruk yang dihasilkan oleh ibu kepada Meirivone Rocha Moraes, 37, selepas dia mengadu statusnya yang masih belum berkahwin, lapor Daily Mail.

Bagi menambah kegembiraan wanita Brazil itu, hanya beberapa bulan kemudian, dia mendapati dirinya melahirkan bayi hasil perkahwinannya dengan Marcelo.

Bayi tersebut dinamakan Marcelinho.

Pasangan itu berkahwin pada 21 Mei lalu dan ia dihadiri sekitar 250 tetamu dan disiarkan secara langsung di media sosial.

Meirivone memberitahu kelahiran anaknya, yang dihadiri oleh jururawat dan doktor, tidak menyakitkannya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru