Thursday, August 18, 2022

Tambah jawatan kontrak

Secara Rawak

SARIKEI: Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) sedang melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memperkasa peranan dan tanggungjawab anggotanya di seluruh negara.

Ketua Pengarah APM Malaysia Aminurahim Mohamed berkata, antaranya menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengkaji keperluan logistik dan kaedah garis panduan (SOP) yang diguna pakai termasuk di Sarawak.

Melalui pendekatan itu katanya, APM mampu meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang bentuk bencana dan kecemasan di peringkat negeri, daerah sehingga ke akar umbi.

Kajian ini dilakukan secara bergerak bersama-sama rakan strategik kita.

Antara fokusnya termasuklah berkaitan keperluan dan yang telah kita buat bersama-sama dengan beberapa agensi lain.

“Kita juga mempelawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melihat keperluan anggota kita.

“Ini juga meliputi program turun ke lapangan untuk mendidik atau mengadakan libat urus bagi meningkatkan kesedaran orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan ke Pusat Operasi APM Sarikei, sempena kunjungan rasminya ke Sarawak, bermula kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Aminurahim menjelaskan, APM kini berusaha untuk menambah perjawatan kontrak sebagai satu lagi elemen baharu dalam pasukan keselamatan berkenaan.

Ketika ini katanya, APM berusaha mendapatkan 1,501 jawatan kontrak di seluruh Malaysia bagi melengkapkan lagi keperluan agensi terbabit. “Melalui jawatan kontrak, latihan dapat dijalankan secara kekal dalam tempoh masa yang lebih panjang.

“Tambahan pula ia lebih selamat berbanding jawatan sukarela ketika ini. Itu yang kita harapkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Aminurahim menzahirkan perasaan teruja dengan kesiapsiagaan anggotanya selain mempunyai semangat juang dan membantu yang tinggi.

Bagaimanapun beliau mengingatkan semua anggota agar melaksanakan tanggungjawab dengan lebih tersusun di samping sentiasa meningkatkan kemahiran diri.

“Kita mesti melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuh komitmen agar sentiasa berada pada landasan yang lebih baik, sekali gus mendapat kepercayaan segenap lapisan masyarakat,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru