Friday, August 19, 2022

RM5 juta untuk taman orkid di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk mewujudkan sebuah taman orkid di Semenggoh di sini sekali gus berazam menjadikan negeri ini antara pengeluar orkid di pasaran global dalam masa dua tahun akan datang.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan Sarawak akan menyuntik peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk menjalankan penyelidikan di taman orkid berkenaan yang bakal dilengkapi dengan peralatan digital.

“Jadi saya peruntukkan RM5 juta untuk menubuhkan atau mewujudkan orkid garden dengan peralatan digital yang boleh melakukan analisis dan juga dapat menghasilkan orkid Borneo,” katanya.

“Jadi Borneo ada spesies khas, ia mungkin boleh dikahwin dan akhirnya kita mempunyai warna orkid yang orang kata agak attractive but then research has to be done.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hutan Sedunia, di sini, semalam.

Katanya, selain bagi tujuan komersial, taman orkid itu nanti juga dapat digunakan  sebagai platform untuk sektor swasta belajar tentang pengeluaran orkid, serta bunga-bunga lain.

Jelasnya, Sarawak dapat menjadi antara pengeskport utama orkid bagi pasaran global, selain Belanda dan China.

“Jadi kita juga boleh mengeksport orkid kerana orkid Borneo adalah unik,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru