Thursday, August 18, 2022

Menjejaki wanita yang hilang

Secara Rawak

LIMBANG : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas perempuan yang hilang di Rumah Babai anak Manchu, Kampung Bukit Brayong Jalan Kubong sejak Ahad lalu diteruskan untuk hari keempat hari ini.

Menurut info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak operasi dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan kumpulan SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi membuat pencarian.

“Tumpuan lokasi pencarian melibatkan sepanjang laluan Sungai Berawan Buluh dengan anggaran radius antara 3 kilometer (km) hingga 4 km, dan operasi diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba (PKPgB) Chong Bui Chyan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu berdasarkan laporan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11:50 pagi pada Ahad dan dimaklumkan seorang warga emas perempuan dikhuatiri hilang.

Menurut laporan awal, ahli keluarga ada melihat mangsa Serantom Anak Kuyah 84 tahun keluar dari rumah pada pagi Sabtu (25 Jun 2022)

Bagaimanapun sehingga kini mangsa tidak pulang ke rumah dan ahli keluarga yang bimbang atas keselamatan serta faktor kesihatan kerana usia mangsa yang telah tua segera melapor kehilangan mangsa kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.

Turut terlibat sama dalam pencarian ialah pihak Polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) serta penduduk kampung.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru