Thursday, August 18, 2022

Menara Jambatan Bintulu-Jepak siap

Secara Rawak

BINTULU: Projek pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak dijangka siap pada penghujung September 2023.

Pada masa ini, kemajuan kemajuan projek ini telah mencapai 39 peratus, demikian kata pengurus pembinaan Opus Consultants, Huang Hong Kiat.

Menurutnya, dua tiang menara antara muara Sungai Kemena telah siap awal Jun lalu dan apabila siap sepenuhnya kelak, jambatan menghubungkan dua tiang menara tersebut akan dibina.

Huang berkata demikian dalam taklimat kepada Adun Tanjong Batu Johnny Pang Leong Meng semasa meninjau sekali gus meraikan kejayaan menaikkan menara utama jambatan terbabit.

Jambatan Bintulu-Jepak antara projek yang diberi pengawasan oleh Coastal Second Trunk Road Unit dengan nilai kontrak RM466,679,497 dan dilaksanakan PPES WorksCCCC JV Sdn Bhd.

Gimik pelancaran projek tersebut disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa sambutan Hari Sarawak di Bintulu pada 22 Julai 2019.

Projek ini telah bermula 3 April 2019 dan majlis pelancarannya pada 22 Julai 2019 dengan tempoh masa untuk menyiapkannya ialah 48 bulan dan dijangka siap pada penghujung 2023.

Namun, disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19, pelaksanaan projek pembinaannya mengalami kelewatan.

Apabila siap kelak, jarak laluan menghubungkan bandar Bintulu ke Lapangan Terbang Bintulu akan lebih dekat daripada 25 kilometer (km) kepada 10km, sekali gus bakal membawa pembangunan pesat ke kawasan.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru