Thursday, August 18, 2022

Lelaki ini ditahan polis tiga kali dalam sehari

Secara Rawak

DENMARK: Seorang lelaki di Denmark menjadi tarikan utama media di negara itu setelah ditahan atas tiga kesalahan yang berbeza dalam masa sehari.

Lelaki itu dilapor membuat penguatkuasaan undang-undang negara itu sibuk dengan kegiatan jenayahnya pada awal minggu ini.

Dia mula ditahan pada malam Isnin iaitu sekitar 1.55 pagi waktu tempatan kerana dikehendaki oleh mahkamah bailif.

Dia dibawa ke mahkamah pada 9.35 pagi dan selepas kesnya dijelaskan dia dibebaskan semula.

Sekitar 11 pagi pada hari yang sama, dia dilihat memasuki kedai serbaguna 7-Eleven di stesen kereta api Nykøbing Falster.

Dia dikatakan memasukkan pelbagai barang ke dalam beg galasnya dan meninggalkan kedai tanpa membayarnya.

Bagaimanapun, lelaki itu meninggalkan telefonnya untuk dicas di kedai, jadi apabila dia kembali mengambilnya, polis sedia menunggunya dan suspek didakwa kerana mencuri.

Pada sebelah petang iaitu jam 4.18 petang, polis menerima laporan seorang lelaki dilihat memandu motosikal di sebuah jeti untuk mandi di Vesterstræde, Stubbekøbing.

Lelaki itu dikatakan membawa sebilah kapak yang ditunjuknya kepada sekumpulan kanak-kanak di jeti terbabit.

Polis yang tiba di lokasi bertemu semula dengan lelaki berusia 28 tahun itu.

Setelah diperiksa, dia sememangnya mempunyai kapak di dalam beg galasnya, senjata itu dirampas polis dan dia didakwa melanggar undang-undang senjata api iaitu kesalahan ketiganya dalam masa sehari, lapor Reddit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru