Thursday, August 18, 2022

Kongsi inisiatif transformasi

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah meluangkan masa bersama-sama 40 pelajar Malaysia dan diaspora Malaysia di Education Malaysia, London.

Perjumpaan yang berlangsung sekitar dua jam itu turut disertai Pengarah Education Malaysia London Profesor Madya Dr Shafie Mohamed Zabri dan beberapa pegawai serta kakitangan.

Dalam perjumpaan tersebut, Wan Junaidi telah memberikan penjelasan kepada keluarga Malaysia di United Kingdom khususnya pelajar-pelajar mengenai inisiatif transformasi kerajaan melalui pembaharuan undang-undang.

Antara inisiatif-inisiatif yang dikongsikan beliau adalah penggubalan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti dan pelaksanaan Undi18.

Katanya, Undi 18 ini adalah melalui pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun serta menurunkan kelayakan had usia calon pilihan raya, daripada 21 kepada 18 tahun yang dilaksanakan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603].

Selain itu, beliau juga berkongsi keputusan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori melibatkan 11 kesalahan.

“Sembilan kesalahan yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan serta 2 kesalahan di bawah Akta senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Justeru, kerajaan telah meneliti syor hukuman gantian terhadap 11 kesalahan tersebut termasuk satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta 22 kesalahan dengan hukuman atas budi bicara Mahkamah,” katanya menerusi perkongsiannya di Facebook, kelmarin.

Sementara itu, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong turut menjelaskan mengenai pembaharuan institusi parlimen Malaysia serta inisiatif transformasi Kerajaan oleh Pusat Kerajaan, Integriti dan Antirasuah Nasional-GIACC.

Dalam majlis itu juga, beliau turut mengambil peluang menjawab persoalan dan kemusykilan pelajar-pelajar Malaysia berkaitan kebebasan badan kehakiman; pindaan perlembagaan Persekutuan berkaitan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63); pindaan Akta hasutan 1948 untuk lebih berkesan dan keperluan pindaan serta pembaharuan undangundang melibatkan 147 undang-undang lapuk di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru