Thursday, August 18, 2022

Kisah tikus menjadi harimau

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  menggunakan analogi satira cerita tikus yang mengaum lantaran bertukar menjadi harimau.

“Pengajaran: tak perlu percaya cerita sakti. Tapi boleh bayangkan orang tua itu adalah rakyat jelata atau sesiapa yang boleh menjadikan orang biasa mendapat kedudukan, pangkat dan dilihat hebat,” katanya pada akhir cerita pendeknya.

Berikut adalah cerita yang dimuat naik:

Katanya: “Cerita tikus yang mengaum.

Alkisah seekor tikus mencari makan di pinggir hutan. Tetiba dikejar seekor musang.

Tikus tahu tak jauh dari situ ada sebuah pondok tempat pertapaan seorang tua sakti.

Tikus terus menuju ke pondok dan meminta pertolongan orang tua itu. “Tolonglah, musang mengejar dan nak baham saya,” kongsi beliau melalui satu hantaran di Facebooknya.

Orang tua menggunakan kuasa saktinya menukar tikus menjadi harimau.

Kata beliau lagi, tikus yang menjadi harimau terus mengaum dan menghambat musang ke tengah hutan.

“Menyedari dirinya hebat, harimau terus menyergah dan menerkam semua binatang lain pula. Ramai menjadi menjadi mangsa hingga hutan tak lagi tenteram.

Kini, harimau menganggap tidak ada siapa yang lebih hebat daripadanya kecuali orang tua tadi,”  katanya.

Satu pagi, katanya dengan perlahan-lahan dia bergerak untuk menerkam orang tua yang sedang bertapa. Orang tua sempat berpaling dan terus menggunakan kuasa saktinya menukar harimau kembali menjadi tikus.

“Apabila merasa dirinya sudah tidak ada apa-apa, tikus mengumpul tikus-tikus lain untuk melancar protes.

Kata tikus kepada kawan-kawannya: “tidakkah kau bangga di kalangan kita ada tikus hebat dan ditakuti oleh binatang lain? Ayuh kita desak orang tua itu untuk menjadikan aku harimau semula….”

Jawab tikus-tikus lain:”Sepatutnya kau berterima kasih kepada orang tua yang menyelamatkan kau dulu. Kau bukan sahaja tak bersyukur, kau huru-harakan hutan ini termasuk kami di kalangan tikus-tikus kecil.. dan nak bunuh pulak orang tua tu. Insaflah wahai kawanku.” 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru