Thursday, August 18, 2022

Dua buah kereta dihempap pokok tumbang

Secara Rawak

Online
28062022

KUCHING: Dua buah kereta terjejas akibat dihempap sebatang pokok berdekatan pusat beli-belah, Jalan Tun Ahmad Zaidi, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata,pihak menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 3.49 petang dan mengerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan sebatang pokok dianggarkan setinggi 40 kaki telah tumbang dan menyebabkan laluan di lokasi tersebut terhalang.

“Kejadian turut melibatkan dua buah kereta iaitu Perodua Axia dan Proton Saga yang berada berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan pada kejadian tersebut.

Katanya, sehingga kini, kerja-kerja menebang dan mengalih pokok masih giat dijalankan oleh pasukan bomba, Angkatan Pertahan Awam (APM) dan Majlis Perbandaran Padawan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru