Thursday, August 18, 2022

Didik pelajar berdikari

Secara Rawak

SIBU: Pelajar dinasihatkan untuk memanfaatkan sepenuhnya pameran yang dianjurkan kerana ia bukan sahaja untuk mempamerkan projek mereka tetapi juga untuk berinteraksi dengan pihak industri.

Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, pameran seperti Pameran Penyelidikan, Teknologi dan Kreatif (ReTEx) menyediakan banyak peluang kepada pelajar.

Jelasnya, universiti terdahulu tempat beliau bekerja juga bermula dengan pameran sedemikian yang akhirnya menjadi acara utama bagi fakulti.

“Saya fikir ini permulaan bagi universiti ini untuk menganjurkan ReTEx bukan untuk tahun ini sahaja, tetapi setiap tahun dengan lebih banyak penambahbaikan serta mempamerkan lebih banyak projek berkualiti.

“Ambil peluang ini untuk meningkatkan sifat peribadi anda dalam menganjur dan menyertai pameran ini.

Anda diberi peluang untuk bersemuka dengan orang ramai dan berdepan dengan pihak industri yang datang dan melihat anda semua. “

Anda mempunyai peluang untuk menerangkan kepada mereka (mengenai projek pelajar). Oleh itu, anda boleh menilai diri anda tentang seberapa baik yang telah anda lakukan untuk projek berkenaan.

“Jika tidak, anda hanya melakukannya (tesis dan projek) untuk diri sendiri, untuk pensyarah dan pemeriksa.

Jadi, tiada siapa yang tahu tentang produk itu,” katanya.

Khairuddin juga berkata, pameran itu juga merupakan cara untuk pelajar belajar berdikari kerana dalam kehidupan sebenar kelak, pensyarah tidak akan ada untuk memberikan bimbingan.

“Dalam kehidupan sebenar kelak iaitu apabila anda keluar (siswazah), kadang-kadang tidak ada orang di sekeliling anda yang boleh membantu anda.

“Jadi, anda perlu mengendalikan semua perkara sendiri. Projek tahun akhir ini juga merupakan peluang untuk anda belajar berdikari dan lebih bertanggungjawab, belajar untuk menguruskan hidup anda bersama-sama rakan sekerja dan orang lain,” katanya.

Khairuddin berkata, pameran itu bukan sahaja diadakan untuk pelajar mempamerkan hasil projek dan penyelidikan tetapi juga untuk berinteraksi dengan pihak industri, agensi kerajaan dan ahli perniagaan.

“Mungkin produk atau projek pelajar boleh dikomersialkan oleh sesebuah syarikat.

“Mungkin suatu hari kelak, pelajar UTS juga akan mempunyai syarikat permulaan mereka sendiri atau bekerjasama dengan syarikat besar dan menjadi jutawan, terutamanya dalam bidang ini, pengkomputeran dan media kreatif,” katanya.

Oleh itu, berharap pelajar UTS terus menganjurkan ReTEx dan terlibat dengan lebih banyak program supaya ReTEx menjadi acara utama di universiti berkenaan.

“Kali ini pameran ini dianjurkan oleh pensyarah dan pengurusan. Mungkin suatu hari nanti, saya mahu pelajar itu sendiri menganjurkannya,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru