Thursday, August 18, 2022

Bantu tingkatkan kualiti pendidikan

Secara Rawak

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) mengadakan acara sulungnya iaitu Pameran Penyelidikan, Teknologi dan Kreatif (ReTEx) dari 27 hingga 29 Jun untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Pengerusi Penganjurnya Jaidi Sabian berkata, acara itu menggalakkan inovasi dalam kalangan pelajar dan memberi peluang kepada pihak industri untuk meneroka projek pengkomersialan yang berpotensi.

Menurutnya, terdapat beberapa objektif penganjuran pamerran itu antaranya mempamerkan karya pelajar daripada program School of Computing and Creative Media (SCM).

“Selain itu, memupuk pengalaman mengendalikan program dalam kalangan pelajar, memberi peluang kepada pihak industri untuk meneroka projek yang berpotensi untuk dikomersialkan dari SCM. “Seterusnya mempromosikan Universiti Teknologi Sarawak secara amnya dan SCM,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat dua program yang terlibat dalam ReTEx iaitu Sarjana Muda Sastera dalam Reka Bentuk Perindustrian (Kepujian) dan Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dari SCM.

ReTEx 2022 mempunyai tiga subacara iaitu pembentangan projek tahun akhir pada 27 Jun, penyelidikan tahun akhir dan pembentangan projek pada 28 Jun, dan pameran pada 29 Jun.

Menurut Jaibi, pembentangan projek tahun akhir memberi peluang kepada pelajar tahun akhir untuk membentangkan mereka.

“Seramai 37 pelajar terdiri daripada 31 pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dan enam pelajar Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Reka Bentuk Perindustrian (Kepujian).

“Semua pembentangan pelajar akan melalui penilaian dalaman dan luaran,” katanya.

Sementara itu, pembentangan penyelidikan dan projek tahun akhir terdiri daripada sesi perkongsian oleh penceramah utama dari program Sarjana Muda Sastera dalam Reka Bentuk Perindustrian (Kepujian) dan Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian).

Pada hari terakhir acara ini, karya-karya pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dan Sarjana Muda Sastera dalam Reka Bentuk Perindustrian (Kepujian) akan dipamerkan.

“Ia terdiri daripada poster projek tahun akhir, prototaip dan sistem. Akan ada beberapa bengkel amali dianjurkan oleh Jabatan Pemasaran dengan kerjasama pusat penyelidikan UTS,” katanya.

ReTEx disokong oleh SCM dan ditaja oleh Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Kemajuan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail serta Adun Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru