Thursday, August 18, 2022

22 PH memerintah: Rakyat tak akan pernah lupa 

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa rakyat tidak pernah lupa akan apa-apa yang telah dilaksanakan oleh pembangkang ketika mereka berkuasa dalam kerajaan 22 bulan.

Kerana itu beliau menyarankan mungkin pembangkang patut adakan perhimpunan ‘Sayangi Pembangkang, Sayangi Harga Naik’.

Jelasnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia rakyat sudah terbeban dengan kenaikan harga barang dan sebelum konflik Rusia-Ukraine berlaku pun rakyat sudah mengeluh dengan keadaan harga barangan.

 

“Respons pembangkang sebagai kerajaan 22 bulan ketika itu rakyat jangan bergantung bantuan kerajaan. Rakyat jangan jadi pemalas dan kena ikat perut. Harga barang naik sebab harga barang degil tak nak turun harga,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Ujar Ahmad Zahid, mujur kerajaan 22 bulan sudah lama tumbang kerana berebut jawatan Perdana Menteri sesama mereka.

“Barangkali hari ini lebih teruk rakyat dituduh sebagai pemalas dan cemburu dengan orang kaya.

“Kita menyokong sebarang langkah dan usaha untuk menurunkan kenaikan kos sara hidup ketika ini. Bagaimanapun rakyat sangsi niat sebenar pembangkang mahu adakan perhimpunan harga barang.

“Rakyat tidak naif untuk tidak mengetahui pembangkang yang mempertahankan kerajaan campuran. Pembangkang yang pertahankan kerajaan campuran dan pembangkang yang mahu adakan demontrasi hentam kerajaan campuran. Dan tiba-tiba UMNO/BN pula dijadikan sasaran dalam agenda demonstrasi mereka?”

Tegas Ahmad Zahid lagi, ini bukan tahun 2018 yang semudah itu mahu memperbodohkan rakyat lagi.

Dalam masa yang sama, beliau melampirkan keratan akhbar sebagai mengenang apa yang telah mereka katakan sebelum ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru