Thursday, August 18, 2022

Seorang lemas, seorang lagi masih hilang

Secara Rawak

SIBU : Seorang anak kapal dijumpai lemas manakala rakannya masih hilang dalam kejadian kapal karam di Batang Igan di sini, hari ini.

Mayat Ting Ling, 23, ditemui terapung kira-kira lima meter dari Pos Kawalan Bomba di Jeti Bungan Kecil, kira -kira jam 4.26 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi SAR mengesan seorang lagi rakan mangsa yang masih hilang diteruskan.

“Mangsa yang masih hilang merupakan seorang warganegara Indonesia yang berusia 20 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tiga lagi anak kapal itu yang masing-masing berusia 49 hingga 50 tahun dilaporkan selamat.

Sementara itu, pasukan Bomba turut menerima laporan daripada penduduk kampung mengatakan seorang lagi lelaki selamat berjaya berenang naik ke darat.

“Operasi tertumpu di kawasan sekitar kejadian ini membabitkan kerjasama anggota bomba, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM),” katanya.

Terdahulu, semasa kejadian pengadu dilaporkan sempat menyelamatkan dua orang pekerja kapal dan dipercayai ada dua lagi pekerja kapal itu masih berada di dalam kapal terbabit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru