Thursday, August 18, 2022

Pas kemuka tiga langkah selesai isu kenaikan kos barang, sara hidup

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyarankan tiga langkah bagi mengatasi masalah peningkatan  harga barang dan kos sara hidup  termasuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti pembangkang.

Khairil Nizam Khirudin menggesa supaya Perdana Menteri Datu Seri Ismail Sabri Yaakob segera bertindak kerana masalah itu akan bertambah parah sekiranya tiada jalan penyelesaian yang holistik.

“Beliau menyarankan agar diadakan perbincangan bersama dengan semua ketua parti politik daripada pihak kerajaan dan juga pembangkang untuk mencari solusi terbaik dalam mengatasi peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga baran

“Mengkreditkan secara bersasar bantuan tunai bulanan melalui kad pengenalan atau e-dompet kepada golongan B40 dan sebahagian M40 untuk membeli barang keperluan harian dan langkah ini adalah selaras dengan prinsip Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kerajaan perlu memungut dan mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama.

“Pemberian bantuan tunai bulanan secara bersasar ini akan dapat membantu meringankan beban rakyat yang jelas amat terkesan disebabkan oleh krisis kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

“Mengadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan isu ini secara mikro untuk mendapatkan pandangan dan cadangan penyelesaian dari ahli parlimen yang lebih dekat dengan rakyat di kawasan mereka,” kata Khairul.

PAS yakin dengan kebijaksanaan dan kerjasama semua pihak, isu ini dapat ditangani dan diselesaikan dengan sebaiknya,” tambah beliau.

Katanya, PAS menyeru semua pemimpin politik untuk bersama menyumbangkan idea dan tenaga dalam usaha membantu kerajaan menyelesaikan krisis kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup ini.

“Jadikan kesejahteraan rakyat keutamaan dalam masa sukar ini dan lupakan perbalahan yang merugikan negara,”  tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru