Thursday, August 18, 2022

Kereta tiada, RM1,920 lesap

Secara Rawak

SIBU: Seorang wanita berusia 27 tahun kerugian RM1,920 setelah terperdaya dengan sindiket penipuan pembelian kereta terpakai yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataannya semalam berkata, mangsa merupakan seorang suri rumah tertarik dengan penjualan kereta terpakai jenis Perodua Axia berharga RM24,000 yang diiklankan di laman Facebook pada 24 April lalu.

“Pada hari yang sama, mangsa telah menekan satu pautan WhatsApp dan kemudian berurusan secara dalam talian dengan seorang lelaki lalu berurusan melalui telefon.

“Mangsa berminat membeli kereta tersebut dan telah diminta untuk membuat pembayaran deposit bagi permulaan urusan jual beli secara talian,” jelas beliau.

Zulkipli memberitahu, mangsa telah menggunakan wang simpanan peribadinya dan telah membuat pembayaran tiga transaksi ke tiga akaun berbeza mulai 28 April lalu untuk transaksi pertama.

Kemudian pada 15 Mei lalu, ujarnya, mangsa membuat transaksi pembayaran kedua dan transaksi terakhir dibayarnya pada 5 Jun lalu. “Jumlah keseluruhan pembayaran yang telah dibuat oleh mangsa adalah sebanyak RM1,920.

Mangsa mulai menyedari dirinya ditipu apabila masih diminta membuat pembayaran lalu tampil ke balai polis melaporkan tentang kejadian.

“Kertas siasatan kes ini dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu,” kata beliau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru