Thursday, August 18, 2022

Buaya tersangkut pada mata kail

Secara Rawak

MIRI : Seorang pemancing terkejut apabila seekor buaya sepanjang 1.8 meter tersangkut pada mata kail yang dipasangnya di Kampung Iran Suai, Batu Niah pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak melaporkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.24 pagi.

Sebaik tiba di lokasi katanya, Bomba mendapati reptilia itu masih tersangkut pada mata kail.

“Kita berjaya menangkap dan mengikat haiwan itu sebelum membawanya balik ke BBP Batu Niah.

“Ia kemudian diserahkan kepada Sarawak Forestry Corportion, Miri untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru