Thursday, August 18, 2022

Fokus bantu bangunkan negeri

Secara Rawak

BINTULU: Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew mengajak ahli parti itu untuk memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri ini tanpa mengira perbezaan latar belakang masing-masing.

Beliau berkata, perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain sangat penting, selain tidak boleh diketepikan sebagai perkara remeh.

Malah, beliau percaya dengan usaha gigih, pengorbanan dan kepimpinan terdahulunya, SUPP berupaya meneruskan misi Sarawak untuk rakyat Sarawak.

“Dalam hal ini, saya percaya bahawa kita berada dalam arus perdana. Marilah kita bersama-sama membangunkan ekonomi baharu, ekonomi digital dan ekonomi hijau kita.

“Sama-samalah kita membawa bukan sahaja Sarawak tetapi Bintulu ke arah pembangunan yang gemilang,” katanya berucap pada Sambutan Ulang Tahun ke-60 SUPP Cawangan Bintulu dan pelantikan jawatankuasa Pemuda, Wanita, Warga Emas dan Bumiputera cawangan Bintulu, di sebuah restoran terkenal, di sini, semalam.

Beliau, yang juga Timbalan Menteri Pelancongan mengucapkan tahniah kepada Adun Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming atas kejayaan merampas kembali kerusi Dun tersebut daripada pihak pembangkang pada Pilihan Raya Negeri ke-12 lalu.

Beliau percaya dalam lima tahun akan datang, Johnny Pang dan pasukannya akan memberikan banyak sumbangan kepada rakyat di kawasan Dun Tanjong Batu yang diwakilinya.

“Masa depan Sarawak memerlukan kerjasama semua orang dan saya yakin  pasukan YB Johnny Pang sebagai pemimpin baharu kami berupaya untuk sama- sama berganding bahu merealisasikan hasrat Sarawak maju menjelang 2030.

Tidak ketinggalan, Sebastian Ting turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pengundi termasuk parti komponen GPS dan rakan-rakan seperjuangan dalam SUPP atas kejayaan merampas kerusi Dun Tanjong Batu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru