Thursday, August 18, 2022

Elak timbulkan pelbagai persepsi  terhadap parti

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan semua pihak dalam parti agar tidak secara sengaja menimbulkan pelbagai persepsi serta andaian kerana akhirnya dapat menimbulkan pelbagai suasana yang tidak tenteram.

Menurut beliau, andaian tertentu yang tidak berasas tidak akan ke mana sebaliknya sekadar menimbulkan suasana yang tidak sihat di dalam UMNO dan imej parti bergantung kepada seluruh kepimpinan dan pelbagai peringkat yang lain.

“Usahlah membuat pelbagai andaian yang tidak menguntungkan parti. Keputusan parti wajib dipatuhi. Usahlah kita sengaja menimbulkan suasana tidak tenteram dalam parti sendiri, dengan membuat andaian tanpa asas yang kukuh dan tepat.

“Kita mesti menjadi ahli dan pemimpin parti yang bertanggungjawab. Dan jika kita mahu orang menghormati kita, maka kita juga mesti menghormati orang lain,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah beliau yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), UMNO merupakan sebuah parti yang telah lama di negara ini dan berkhidmat sebaiknya untuk seluruh rakyat.

“UMNO parti yang sudah begitu lama di negara ini. Kekuatan dan imej parti bergantung kepada kita. Tidak perlu kita lakukan sesuatu yang merosakkan parti. Kerana tiada orang lain yang akan menjaga parti kita. Melainkan kita sendiri. Maka, sebagai ahli dan pemimpin dimana pun kedudukan kita. Wajib kita menjaga parti ini,” jelasnya.

Dalam sidang media semalam,  ahli MKT Umno yang digugurkan Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman  yang digugurkan daripada Majlis Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini  antara lain menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai beban kepada Umno menuju PRU-15.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru