Thursday, August 18, 2022

Dua maut, satu cedera babit dua kenderaan

Secara Rawak

BINTULU : Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sibu- Bintulu Kelawit, dekat Tatau, petang tadi.

Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai
Billy Anak Andrew, 27, dari RPR Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong dan Henry Anak Jugah,49, beralamat di Rumah Jugah, Sungai Anak, Selangau sementara mangsa yang cedera pula dikenalpasti sebagai Cairil Anwar Hamzah,47, dari Kampung Seberang Kuala Tatau.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kecemasan pada jam 2.25 petang.

Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Menurutnya, dua mangsa tersepit di tempat duduk hadapan telah dikeluarkan oleh pihak bomba dengan menggunakan peralatan khas “Rescue Tool”.

Manakala, seorang lagi mangsa lelaki yang menaiki Toyota Hilux berwarna putih, mengalami kecederan patah di bahagian paha.

Mangsa yang selamat dibawa Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan lanjut manakala dua mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada 15:02 petang

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru